Tuesday, October 12, 2010

Perodua Alza 1.5 Standard & Premium


Perodua Alza merupakan kesinambungan model yang dikeluarkan oleh Perodua. Perodua menampilkan kelainan berbanding model lain dari keluarannya. Perodua Alza menggunakan benchmarking pada model Toyota Passo Sette. MPV kompak ini cukup sesuai untuk digunakan bagi sebuah keluarga yang sederhana besar.

Perodua Alza dipacu oleh enjin 3SZ-VE 1.5-litre. Enjin ini menghasilkan 103 kuasa kuda dan 136Nm torque yang nyata berkuasa untuk sebuah MPV kompak. Alza dikeluarkan dalam dua jenis transmisi iaitu auto 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan.

Perodua Alza didatangkan dengan 5+2 tempat duduk. Tempat duduk paling belakang boleh dilipat bagi membolehkan banyak bagasi dibawa. Perodua Alza di sesuai untuk digunakan perjalanan dekat mahupu perjalanan jauh. Anda sudah tentu selesa memandu Perodua Alza.

Ciri-Ciri Perodua Alza:

1. Rim Aloi 15"
2. 5+2 tempat duduk
3. Beg Udara SRS berkembar (Premium sahaja)
4. Sistem brek ABD & EBD (Premium sahaja)
5. 99% Perlindungan UV untuk cermin tingkap

Harga Perodua Alza

Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190
Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190
Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190
Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,19

______________________________________________________________________________________________ 

"Mudah,Cekap & Amanah"

No comments:

Post a Comment

Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400