Pada kebiasaanya ramai orang akan memikirkan cara-cara terbaik untuk membeli kereta terpakai. Namun begitu jarang yang memikirkan untuk membeli kereta baru yang terbaik untuk dirinya sesuai dengan pendapatan dan keselesaan. Membeli sebuah kereta baru pada masa kini amat mudah dengan adanya skim bayaran muka RM "0" yang ditawarkan dipasaran. Disebabkan mudahnya membeli kereta maka ramailah antara kita cuma memikirkan hanya untuk membayar bulanan kereta tersebut tanpa menyedari banyak kos terselindung setelah menggunakan kenderaan. Kos terselindung yang dimaksudkan adalah seperti, kos petrol, kos penyelenggaraan, kos memperbaharui cukai jalan dan insurans dan kos kemalangan (minta dijauhkan).
Kereta berjenama Honda, Toyota, BMW, dan Mercedes menjadi idaman setiap individu. Oleh itu, ramai dikalangan kita sanggup melabur besar untuk membeli kereta jenama tersebut. Bagi "orang muda" membeli sebuah Honda City atau Toyota Vios menunjukkan status kehebatan, Bagi "orang berpengalaman" pula pasti ingin memandu sebuah Mercedes E240 atau BMW 5 Series bagi menunjukkan gah kepada masyarakat. Jika anda sudah mampu dan stabil kedudukan kewangan adalah tidak menjadi masalah. Namun begitu, bagi mereka yang hanya "sikit-sikit mampu" akan menjadi masalah. Kenapa? Jika anda bergaji RM2700 (bersih) sudah tentu bank akan meluluskan pinjaman anda untuk membeli sebuah Honda City dengan bayaran bulanan dalam lingkungan RM900. Pernahkan anda berfikir tentang kos kehidupan masa kini? Bergaji RM 2700 dengan komitment untuk membayar kereta RM900, Sewa bilik RM300 (bujang), bil telefon RM100, bil-bil lain RM200, Petrol sebulan RM400, penyelenggaraan kereta RM200 (purata), makan-minum RM 500 dan keperlua-keperluan lain. Adakah anda pernah berfikir mengenai perkara ini? Bajet atas kertas sememangnya cukup mudah kerana anda cuma perlu sediakan pen, kertas dan kalkulator namun realitinya banyak kos-kos lain yang perlu difikirkan. Ramai kalangan pemilik kereta disenarai hitam selepas tidak mampu membayar bulanan sekaligus kereta akan ditarik oleh bank.
Setelah kenderaan ditarik dan anda disenarai hitam, barulah sedar bahawa anda sebenarnya tidak mampu untuk memiliki sebuah Honda City. Pada ketika itulah, ramai yang akan kalut dan kusut memikirkan cara untuk membeli kereta lain. Sudah tentu, jika anda tidak lagi layak untuk membeli kereta, waima untuk membeli sebuah Viva 660BX. Di sini, penulis bukanlah berniat untuk menghalang untuk anda membeli kereta yang hebat, namun memberi penerangan mengenai akibat dan panduan pembelian kereta baru.
Perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan untuk membeli kereta baru ialah seperti berikut:
- Belilah sebuah kereta mengikut kemampuan bukan untuk bermegah dengan kereta tersebut (kalau sudah betul-betul mampu tidak menjadi masalah)
- Beli kereta mengikut keperluan anda. Contohnya, jika anda belum berkahwin anda hanya perlu membeli sebuah kereta sedan atau kompak bukannya MPV besar seperti Innova.
- Buat kajian mengenai kos penyelenggaran kenderaan tersebut, sama ada ia murah atau sebaliknya.
- Perlu tahu mengenai kos untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta tersebut.
- Bertanya kepada ibu bapa mengenai pandangan mereka sebelum membeli kereta.
- Carilah sebuah kereta yang jimat penggunaan petrol.
- Perodua Viva (kereta kompak)
- Perodua Myvi (kereta kompak)
- Perodua Alza (mpv kompak)
- Proton Saga baru (sedan kompak)
- Proton Persona (sedan)
- Proton Exora (MPV)
- Honda City (sedan kompak- Jepun)
- Toyota Vios (sedan kompak - Jepun)
- Nissan Almeera (sedan - Jepun)
- Nissan Grand Livina (mpv kompak - Jepun)
_______________________________________________________________________________________________
"Mudah,Cekap & Amanah"



mcm bagus je nasihat ni...hehe
ReplyDeletebukan nasihat. tetapi petua.. hehe
ReplyDeletegood advise!
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda.
ReplyDeletetq nsht berguna.kalu ikt kemahuan mmg nk beli yg bergaya..huhu..tp bile tgk tips ni..kena pkir byk kali..tkt merana kemudian hari..
ReplyDeletemmg kehendak mgatasi keperluan.. nk tkr keta baru tp bla bc artikel ni betul jgk... so pk 2x sblm wat kptsan.. nasihat yg berkesan.. bagus!
ReplyDeleteNasihat yg sgt berguna...sy ingin memiliki toyota vios..tp lau gaji stakat 3ooo asenye mmg x ckp sbb bnyk nk kne tnggung...ape pun trime ksh bnyk2 ataspetua jg nasihat ini..:-)
ReplyDeleteAje benor... teman bujang dgn gaji 3+++ sebulan, rasanya setelah bc nasihat tuan, x jadi la amik City hehe, rembat saga atau viva jele... kos n saving dwit lbh penting
ReplyDeletesaya baru dpt lesen kereta,gaji pun dalam seribu lebih je...kalau sy nk beli kereta agaknya kereta baru atau secondhand....konpius jugak ni..takut2 menyesal kmudian hari
ReplyDeleteIkut pada kemampuan.
ReplyDeletesaya berminat dgn City tahun 03-04, harga below 50k...gaji saya just 2.5k..agak2 berbaloi ke dgn kete 2nd ni dan kos penyelenggaraannya pula tinggi ke?...perlukan khidmat nasihat pakar ni seperti anda :)
ReplyDeleteIchigo miro:
ReplyDeletepd pandangan sy rasanye tak berbaloi beli kete 2nd hand.. maintenance tinggi.. baik beli kete baru terus...alah beli menang memakai.. (ni berdasarkan pengalaman abg sy..dia beria2 nak beli honda 2nd hand...konon nk jimat bayaran bulanan.. lani kete asik meragam je..ader skali tu tpaksa kuar duit dkt RM2K lebih wat repair kete..)
salam bro betul ker exora maintance murah sebab dengar timing belt dia pun 4k
ReplyDeleteW.salam. Timing belt exora 4k? anda dengar cerita dr pemilik exora atau org yang x pakai exora?
ReplyDeletesalam. alahai cian sye.. hek hek hek.. nk Vios tp gaji after tolak2 tinggal 1600 je kuang3.... em so elok ambil Viva je la kn kwan?
ReplyDeleteW.salam. Rasanya nak pakai vios boleh.. TP kena keluarkan d.payment RM15k keatas. TQ
ReplyDeletesalam..saya ade buat loan kete..dah apprvd, boleh x sy xnak berurusan ngn salesman dulu...tp loan tu sy pakai untuk berurusan ngn salesman lain???
ReplyDeleteW.salam.. Kalau boleh seelok2nya beruusan dengan salesman dulu. TP kalau anda rasa dah x selesa boleh jer nk berurusan dengan salesman lain. TQ
ReplyDeletesalam...saya berminat dgn vios n persona elegance...kalau gaji bersih 3500,kereta mane lg better saya pilih? lg satu bleh tak wt downpayment below 10% tuk dua2 kereta ni?
ReplyDeleteW.salam...
ReplyDeleteVios, harga agak tinggi dan tempat duduk agak sempit. tetapi jimat minyak
Persona, harga murah dan tempat duduk luas. penggunaan minyak x jimat x kuat.
Dua2 model boleh runding lagi downpayment.
berminat boleh terus call saya. TQ
Salam, saya bekerja sendiri dan bercadang memiliki satria neo cps, pndapatan bulanan x fix..boleh ke lepas loan dgn 0 dwnpyment?
ReplyDeleteW.salam. Satria neo CPS hanya untuk k.tangan kerajaan sahaja boleh buat full loan. Pendapatan bulanan x tetap tidak menjadi masalah. tetapi perlu 2500 keatas sebulan
ReplyDeleteHYE...SAYA NAK BELI KERETA TP GAJI BERSIH RM 2000...KERETA VIOS ATAU HONDA CITY PILIHAN SAYA...TP TAK TAHU LAYAK KE TIDAK DGN GAJI MCM TUH...SO MCM MANE???KLU LULUS HONDA CITY ATAU VIOS YG MANA LG OK???
ReplyDeletesalam,saya ingin meminta pendapat.saya bercadang hendak beli keta vios yang second hand tapi gaji bersih saya dalam rm2200.patut x saya beli keta yang sacond hand or beli baru jer or beli keta yang lebey murah lagi...hehehe..
ReplyDeleteW.salam. dalam situasi pembelian kereta second hand. En memerlukan 3 kos.
ReplyDelete1. Kos bayaran bulanan
2. Kos baik pulih jika berlaku kerosakan
3. kos penyelenggaraan.
Jika beli kereta baru hanya dua kos perlu ditanggung iaitu:
1. kos bayaran bulanan
2. Kos penyelengaaran (service)
Kereta second hand yang berusia lebih lima tahun biasanya akan mempunyai beberapa masalah seperti aircond, suspension dan lain2.
Dalam situasi ini, penyediaan duit untuk baik adalah penting.
Berbanding kereta baru, kebiasaanya mempunyai jaminan dari pengeluar selama 5 tahun.
Antara Vios dan City, kedua2nya anda boleh beli jika bergaji bersih 2k dengan syarat ada downpayment 10% keatas. Jika berminat boleh terus hubungi saya. TQ
ReplyDeletesy bcdg nk beli keta..yg baru..mgkin myvi.apa yang perlu sy buat??mksud sy...first step ape yg sy kena buat sbnrnya...hrp awk boleh bgtau.
ReplyDeleteCik Jue: first step, hubungi saya & saya akan bantu anda untuk mendapatkan kereta idaman anda. TQ
ReplyDeleteboleh tolong komen antara avanza baru ngan exora bold..kos selenggara dll..nasihat utk famili 5 orang tq..
ReplyDeleteKelebihan Exora Bold - Luas, Selesa, aksesori maksimum, pecutan ada power.
DeleteKelebihan Avanza - Jimat minyak, kos penyelenggaraan rendah.
nak tau perbezaan antara alza and exora??? yg mana lebih jimat minyak dan xcepat sakit.... kalau keje memeng kena guna kereta yg mana en advice???
ReplyDeletealza: jimat minyak sbb 1.5 & body kecik
ReplyDeleteexora: miyak lebih ckit je sbb 1.6 & body besar
alza & exora: dua2 mesti sakit..cepat lambat bergantung kpd penggunaan & nasib
salam,nk tnye..kalu gji bersih 2700 rase2 mampu ke utk beli preve auto exec..y sy survey2 mgkn mkn dlm 6++ sbulan klu 10% d/p kn?dgn kos hidup skrg mampu ke sy?ke better pertimbangkn kreta laen ye? n sy nk tau kos after sales(insuran+servis)agk2 kna bajet brp sbulan ye utk smpanan klu pkai preve? (need ur advice,tq)
ReplyDeleteW.salam. Kalau diikutkan memang layak dan mampu... Servis dan roadtax insurans dianggarkan lebih kurang RM 2500 -RM4000 setahun bergantung kepada penggunaan kereta...
Delete