Friday, July 29, 2011

Proton Saga FLX

Pada 25 Julai 2011 yang lepas Proton menambah koleksi keluaran kenderaan nasional dengan kelahiran Proton Saga FLX yang merupakan model penambahbaikan bagi Proton Saga FL yang mampu memberikan pemanduan lebih lancar dengan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT) menggunakan enjin Campro. Penggunaan CVT pada enjin mampu menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) secara paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan. Saga FLX dikatakan mampu memberi penjimatan petrol sebanyak 4% atas jalan biasa manakala sebanyak 10% di atas lebuhraya.

Terdapat dua model bagi Saga FLX iaitu FLX 1.3 Standard dan juga FLX 1.3 Executive dengan transmisi automatik dan manual yang didatangkan dalam 5 jenis warna; Solid White, Tranquality Black, Genetic Silver, Blue Rock dan warna terbaru Elegant Brown. Proton Saga FLX dilengkapi dengan 6 kelajuan CVT dan juga terdapat transmisi SAT (Stepped Automatic Transmission) Switch yang menukar kepada transmisi automatik 6 kelajuan standard secara serta-merta.


Proton Saga FLX 1.3 Executive dilengkapi dengan Anti-Lock Braking System (ABS) yang membantu menstabilkan kenderaan semasa brake yang agak mengejut bagi mengelakkan daripada kemalangan. Model Executive juga dilengkapi dengan EBD (Electronic Brake Force Distribution) yang mengawal daya brake ke atas setiap tayarnya selain daripada ciri keselamatan seperti beg udara yang tiada pada model FLX 1.3 Standard.

Sila Klik Pada gambar dibawah untuk melihat spesifikasi dengan jelas

Ciri-Ciri baru Saga FLX:

1. Power Windows pada cermin depan dan belakang
2. Cermin sisi dengan lampu sisi LED
3. Beg Udara berkembar (Executive model sahaja)
4. Panel audio pada steering (Executive model sahaja)
5. Spoiler belakang (Executive model sahaja)
6. Rim Aloi baru (Executive model sahaja)
7. ABS & EBD Brek


SILA HUBUNGI (SEKIRANYA INGIN MEMBELI KERETA DENGAN SAYA):
ZAKI [ 019-2198400 ] CALL/WHATSAPP/SMS
admin@zakiautoworld.com 

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERURUSAN & MEMBELI KERETA DENGAN ZAKIAUTOWORLD
_______________________________________________

"Mudah,Cekap & Amanah"
http://www.zakiautoworld.com/ -  Sejak 2010 (since 2010)

No comments:

Post a Comment

Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400