Saturday, October 29, 2011

Soalan - Soalan Lazim Pembelian Kereta

Soalan-Soalan yang biasa dikemukan oleh bakal pembeli kereta baru:

S1. Assalamualaikum en. Zaki, apa maksud gaji bersih?
J1. W.salam. Gaji bersih bermaksud gaji keseluruhan termasuk elaun, OT dan lain-lain dan perlu ditolak dengan caruman KWSP dan PERKESO

S2. Saya seorang pelajar IPTS/IPTA, boleh ke saya beli kereta tanpa penjamin?
J2. Boleh sekirannya anda mempunyai duit muka "downpayment" melebihi 40% dari harga kereta. Ini sebagai jaminan kepada bank.

S3. Salam...Nak tanya..Saya masih lagi pelajar universiti.. Tapi saya ada buat bisnes dan income bulanan saya dalam RM2000 sebulan.. boleh ke saya beli kereta macam orang lain?? tanpa guarantor mak/ayah... Bisnes saya buat tu dah daftar SSM dan ada current account.. 
J3.  Boleh sekiranya perniagaan yang anda jalankan telah melebihi 1 tahun. Akaun bank mestilah sentiasa keluar masuk melebihi RM 2000 setiap bulan. Jika kurang dari tersebut anda perlukan seorang penjamin.

S4. Saya masih belajar.mak gaji xsampai 1500..mcmna saya bokleh ke mohon utk skim nie??? boleh email kat saya utk slanjutnya..
J4.  Syarat untuk menjadi penjamin gaji bersih paling kurang adalah RM 3000 bersih.

S5. Harga kereta yang tertera tu termasuk roadtax dan insurans ker?
J5. Ya. harga yang tertera adalah harga  jualan termasuk road tax dan insurans.

S6. En Zaki cakap haritu dapat full loan, kenapa bank suruh bayar downpayment 1000.
J6. Kelulusan berkenaan pinjaman adalah dibawah bidang kuasa pihak bank. Saya hanya membantu untuk mendapatkan pinjaman penuh. Pada kebiasaanya, kekuatan gaji memainkan peranan penting dalam proses untuk mendapat pinjaman penuh "full loan"

S7. Bolehkah en zaki menghantar kereta ke rumah saya?
J8. Boleh. Tetapi saya di galakkan atas faktor keselamatan (sekiranya berlaku kejadian yang tidak di ingini)
S8. Saya kakitangan Swasta, tetapi blacklist, boleh x nak mohon pinjaman kereta baru?
J8.  Maaf, saya tidak dapat membantu. 

S9. En Zaki ada x kaki dalam bank untuk approvekan loan. Saya blacklisted. Nanti saya bglah duit kopi untuk ejas loan.
J9.  Maaf. Saya tiada kaki dalam bank dan saya tidak menerima duit kopi anda. TQ

S11. Saya bekerja dengan syarikat swasta, gaji saya RM2000 tp company byr gaji cash. boleh ker saya nak buat pinjaman kereta?
J11. Boleh, TETAPI anda perlukan seorang penjamin bergaji RM2000 keatas.

S12. Saya baru tamat belajar darir kolej, boleh x saya nak memohon pinjaman kereta?
J12. Boleh sekirannya anda mempunyai penjamin. Jika tidak ada penjamin mestilah mempunyai surat tawaran kerja terlebih dahulu.

S13. Saya pelajar IPTA, tiada lesen memandu boleh x nak beli kereta, tp penjamin saya ada lesen?
J13. Maaf saya tak dapat nak bantu. Jika anda ingin juga beli kereta, saya nasihatkan anda terus gunakan nama penjamin anda sebagai pembeli.

S12. Saya bekerja disektor swasta@kerajaan, saya tiada lesen memandu boleh x saya nak beli kereta?
J13. Boleh. Sila hubungi saya 0192198400 untuk keterangan lanjut. 

S13. Macam mana yer nak berurusan dengan en Zaki untuk beli kereta baru?
J13.  Anda boleh datang ke showroom saya atau anda boleh emelkan dokumen yang diperlukan atau faxkan sahaja. Selepas pinjaman diluluskan, en perlu menandatangani penjanjian pinjaman dengan pihak bank. Selepas itu, en perlu tunggu kereta didaftarkan. Setelah kereta didaftarkan kereta boleh diambil di showroom kami.

S14. Saya dah dua tiga kali cuba buat pinjaman untuk beli kereta baru, tetapi gagal, kenapa yer en Zaki?
J14. Ada dua kemungkinan, pertama mungkin gaji anda kurang dari syarat minimum untuk beli kereta. kedua kemungkinan nama anda telah disenarai hitam.

S15. Saya tidak pasti sama ada saya telah blacklist atau x? boleh en Zaki tolong cek x?
J15.  Semakan sama anda blacklisted atau tidak, saya tidak dapat semak. Saya sarankan anda pergi ke Bank Negara berhampira untuk semakan.

S16. En Zaki jual kereta Second hand x? saya berminat untuk beli Gen2.
J16. Maaf saya hanya jual kereta baru.

S17. Saya nak beli kereta baru, boleh x saya nak trade ini kereta saya?
J17.  Boleh, tidak menjadi masalah.

S18: saya nak tahu dimana boleh saya memohon skim ini.saya pelajar Institut Pendidikan Guru, lagi setahun tamat, terima elaun dan akan terus posting selepas tamat belajar. saya menepati semua syarat yang ditetapkan. boleh ke saya tak menggunakan penjamin sekiranya saya terus posting lagi setahun?
J18. Maaf, anda perlukan seorang penjamin selagi anda tidak mendapat tawaran kerja. Terima kasih

S19. Selamatkan berurusan secara online untuk beli kereta dengan en zaki?
S20. Sudah tentu selamat, Saya tidak akan meminta bayaran bagi proses dan tempahan. Hanya salinan dokumen sahaja diperlukan. Jika anda was-was dan tidak yakin, saya menjemput anda untuk datang ke showroom saya untuk proses jual beli kereta baru anda. Terima kasih

S20. Saya nak beli kereta baru dan trade in kereta lama. Tp en Zaki cakap kereta lama saya tu laku RM8000 sahaja untuk trade in, tp hutang dengan bank masih ada RM11000 untuk settel. Mcm mana nak buat yer en Zaki?
S20. Jika hutang masih berbaki RM11000 dengan bank dan nilai kereta tersebut RM8000, anda perlu tambah duit "top up" perbezaan nilai tersebut.

S21. Saya bekerja sendiri, tiada slip gaji, tiada akaun bank dan tiada dokumen.. Bolehkan saya memohon untuk membeli kereta baru? 
J20. Boleh sekiranya anda mempunyai downpayment 50% keatas.
 _______________________________________________________________________________________________ 

"Mudah,Cekap & Amanah"

30 comments:

  1. salam en zaki,purata gaji bersih sebulan saya rm2500-rm3000...kereta apa yang sesuai jika dibandingkan dengan gaji tersebut...boleh bagi pendapat???tq

    ReplyDelete
  2. W.salam. Kereta yang sesuai iaitu kereta persona, myvi atau Vios J. Jika berminat antara salah satu model tersebut boleh call saya. TQ

    ReplyDelete
  3. kalu bli kereta cash akan ade pape masalah x?? sila beri keterangn secara detail...untuk kereta saga flx

    ReplyDelete
  4. Tiada apa2 masalah sekiranya nak beli cash.

    ReplyDelete
  5. gaji saya lepas tolak epf dan socso tnggal 1700, bolehke beli proton saga flx 1.3 auto tp zero downpayment? boleh kirakan bulanan nya? saya x penah pakai keta dah 27 dah umur asik bwk moto je.. sakit pinggang woo. saye srius ni nk beli..

    ReplyDelete
  6. Boleh call saya x? D.payment bleh runding lg. Jika betul2 serius call saya yer. Tq

    ReplyDelete
  7. salam,kalo sy nk beli kereta vios 1.5J(AT) dan trade in kereta lama sy,bole?kereta lama sy jenis viva(AT) tahun 2009.kereta ni dh abis bayar..

    ReplyDelete
  8. W.Salam. TOlong emelkan saya detail berkenaan jenis spec kereta tuan. Sila hubungi saya melalui emel atau telefon. TQ

    ReplyDelete
  9. salam en zaki, sy berminat dgn kereta alza, gaji bersih sy dlm 1100, boleh ke sy gabungkan pendapat sy dgn adik sy, gaji dia dlm 950

    ReplyDelete
  10. W.salam.Adik beradik x boleh gabung pendapatan. TQ

    ReplyDelete
  11. salam..sy nk tny..sy gaji bersih 1650 blum termasuk OT dlm lingkungan 400 sbln..sy kerja kerajaan. tp sy pernah jd pnjamin suami sy beli uma.tp ade ccris skali. pihak bank pn ade kuarkan surat mengatakan loan pnjaman sy sudah kemaskini/cntk. bole x sy buat loan kereta myvi basic? tp sy x nk ada penjamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Boleh cuba. Berminat boleh terus call saya. TQ

      Delete
  12. as salam, sy gaji rm2400 + rm700 allowance (tp xmasuk dlm payslip dia bg cek) then sy ada wat kedai mkn kecil2an leh dpt dlm rm 1000 sebln.. layak x sy bli toyota rush?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Boleh. Pastikan tuan ada downpayment 10% dan keatas. TQ

      Delete
  13. Sy bergaji RM 1,400+ot=1,600 sebulan swasta. Rekod bersih. Nak ambik alza premium manual RM 60K. Dah ready d/p 9K. Layak ke sy? Berapa minimum d/p untuk sy layak loan 9thn? Kalau nak penjamin, kawan/jiran boleh tak? Gajinya 3K sebulan swasta, tapi dia blacklist CTOS. Boleh ke dia jadi penjamin saya?

    ReplyDelete
  14. Berdasarkan gaji en, Saya cadangakn untuk memiliki Alza SR Basic ATau Standard sekiranya ingin bayar downpayment 9k. Penjamin Mestilah BERSIH dan tidak ada CTOS atau CCRIS. TQ

    ReplyDelete
  15. Kalau saya letak 18K utk d/p, boleh ke sy buat 9 thn loan utk alza premium manual? Gaji basic 1,400 tapi selalunya LEBIH 1,600 sebulan bersih (slps campur OT). Dah kerja lebih 5 tahun di kilang yg sama. Umur 30 thn. Sy tak mau cari penjamin, susah sekarang nak cari penjamin, org tak mau dah. Isteri sy tak bekerja. Layak ke saya buat loan 43K atas nama saya sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaki Auto WorldFriday, March 09, 2012

      Kalau 18k insyaalah boleh approve. Kalau berminat boleh terus call atau sms saya. Tq

      Delete
  16. salam, saya nak beli motor harga dalam rm10k boleh juga ke apply loan?n soalan ke2 kalau nak beli kereta 2nhand,ambik kat kedai tu wat loan melalui pihak encik boleh tak? gaji penjamin lebih rm4k government dan ada lesen memandu

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Maaf, saya hanya buat urusan pembelian kereta sahaja. TQ

      Delete
  17. kerja swasta gaji pokok 1675+ elaun 350.nk angkat myvi ezi baru..d/p 10% harga kereta.blh lepas?

    ReplyDelete
  18. salam..gaji bersih saya rm1800..ingat nak beli myvi.. bulan2 saya plan bayar kurang rm500, so berapa d/p perlu saya bayar? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Soalan anda terlalu subjektif. Saya perlu tau model myvi mana yang anda berminat. TQ

      Delete
  19. salam encik zaki..kalau gaji bersih saya rm1190,xde d/p, ada penjamin/combine bergaji rm1400..boleh tak nak pakai viva 1.0 basic auto..serius nak beli kereta..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Boleh. Sekiranya serius boleh call atau sms saya. TQ

      Delete
  20. Salam En.Zaki..saya bkerja swasta bergaji pokok RM1700.00..saya berminat nak beli Proton Saga FL 1.3..tetapi saya blacklist motor kapcai,bolehkh saya memohon..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Kalau blacklisted dengan kedai motor insyallah boleh... tp kalau denga aeon credit memamng dah x boleh

      Delete
  21. salam En Zaki, saya bekerja di swasta gaji bersih saya 1400 . Saya berminat nak beli kereta proton iriz . dan saya dah simpan downpayment sebanyak 12000 . lepas ke kalau saya nak beli kereta tu ?? please reply en zaki . saya betul2 nak tahu . TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Insyallah boleh lepas. sekiranya betul2 berminat boleh terus call/text saya. TQ

      Delete

Komen adalah DIBENARKAN tetapi TIDAK DIGALAKKAN kerana kemungkinan saya TERLEPAS PANDANG untuk membalas komen tuan/puan.

Tuan/Puan/Cik digalakkan untuk membuat pertanyaan melalui EMEL / WHATAPPS ATAU TELEFON

zakiautoworld@gmail.com
019-2198400