Saturday, December 3, 2011

Proton Saga 1.6 FLX SE



KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (Proton) terus menunaikan janjinya untuk menyediakan kenderaan berkualiti pada harga mampu milik dengan pelancaran varian terbaharu Saga, Saga FLX SE.
Saga FLX SE yang ditawarkan pada harga RM49,449 seunit itu menggunakan enjin Campro IAFM 1.6 liter dilengkapi transmisi Continuous Variable Transmission (CVT) automatik yang menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Saga FLX SE direka untuk generasi muda yang kini mempunyai pilihan untuk memiliki kenderaan yang bukan sahaja mampu milik tetapi menawarkan prestasi mantap.
"Pengenalan varian ini mengukuhkan kedudukan Saga sebagai kenderaan pilihan yang memberikan lebih nilai kepada pelanggan dengan penjimatan bahan api, prestasi lebih baik serta kualiti pemanduan yang hebat dan selesa.
"Kami menyasarkan jualan sekitar 500 unit Saga FLX SE sebulan dan sebanyak 78,752 unit model Saga untuk tahun kewangan semasa," katanya.

Petikan berita: Kosmo Online

Spesifikasi: Sila Klik pada gambar dibawah untuk melihat dengan jelas:

Artikel lengkap: Akan datang di Zaki Autoworld.

No comments:

Post a Comment

Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400