Thursday, November 1, 2012

Perodua Alza Advance Version (2012)




Varian terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Alza Advanced Version tampil dengan reka bentuk lebih sporty serta menggunakan teknologi tinggi yang sesuai untuk pemanduan jarak jauh.

Varian tersebut direka khas dengan menambah beberapa kit badan yang lebih bergaya berbanding model sebelumnya.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, varian tersebut diperkenalkan berdasarkan permintaan yang begitu menggalakkan kepada segmen kenderaan pelbagai guna (MPV), Alza.

“Pada separuh pertama tahun ini, terdapat sebanyak 20,055 unit Alza telah dijual dan statistik itu dijangka terus meningkat setelah varian terbaharu ini dilancarkan.

“Bagi yang berminat mendapatkan varian terbaharu ini boleh membuat tempahan di semua bilik pameran Perodua mulai hari ini (semalam),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Alza Advanced Version di sini semalam.

Aminar Rashid menjelaskan, kelainan utama selain kit badan yang lebih sporty ialah skrin sesentuh seluas enam inci bagi sistem multimedia yang dilengkapi pelbagai kemudahan teknologi terkini bagi memudahkan pemanduan seperti kamera mengundur dan navigasi berdefinisi tinggi (HD).

Ujarnya, Alza Advanced Version turut dilengkapi dengan aplikasi baharu daripada Telekom Malaysia Bhd. (TM) iaitu alat pengesan TM WiFi Hotspot dan direktori Yellow Pages.

Artikel: Kosmo Online

SILA HUBUNGI (Pembeli Serius / Serious Buyers):
ZAKI [ 019-2198400 ] call/sms/whatsapp/wechat/line
NIK [ 013-4720880 ] call/sms 
zakiautoworld@gmail.com

Terima Kasih..
_______________________________________________________________________________________________ 

"Mudah,Cekap & Amanah"

No comments:

Post a Comment

Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400