Tuesday, June 11, 2013

Soalan - Soalan Lazim Pinjaman Kereta


Soalan-Soalan yang biasa dikemukan oleh bakal pembeli kereta baru:

S1. Assalamualaikum en. Zaki, apa maksud gaji bersih?
J1. W.salam. Gaji bersih bermaksud gaji keseluruhan termasuk elaun, OT dan lain-lain dan perlu ditolak dengan caruman KWSP dan PERKESO

S2. Saya seorang pelajar IPTS/IPTA, boleh ke saya beli kereta tanpa penjamin?
J2. Tidak Boleh. Ini adalah disebabkan pelajar tidak mempunyai pendapatan. Penjamin diperlukan sebagai cagaran untuk memastikan pelajar membuat bayaran kereta.

S3. Salam...Nak tanya..Saya masih lagi pelajar universiti.. Tapi saya ada buat bisnes dan income bulanan saya dalam RM2000 sebulan.. boleh ke saya beli kereta macam orang lain?? tanpa guarantor mak/ayah... Bisnes saya buat tu dah daftar SSM dan ada current account.. 
J3.  Maaf. Akaun bank mestilah sentiasa keluar masuk melebihi RM 10000 setiap bulan (akaun mestilah aktif lebih dari 6 bulan). Jika kurang dari tersebut anda perlukan seorang penjamin.

S4. Saya masih belajar.mak gaji xsampai 1500..mcmna saya bokleh ke mohon utk skim nie??? boleh email kat saya utk slanjutnya..
J4.  Syarat untuk menjadi penjamin gaji bersih paling kurang adalah RM 3000 bersih.

S5. Harga kereta yang tertera tu termasuk roadtax dan insurans ker?
J5. Ya. harga yang tertera adalah harga  jualan termasuk road tax dan insurans.

S6. En Zaki cakap haritu dapat full loan, kenapa bank saya perlu bayar downpayment 1000.
J6. Kelulusan berkenaan pinjaman adalah dibawah bidang kuasa pihak bank. Saya hanya membantu untuk mendapatkan pinjaman penuh. Pada kebiasaanya, kekuatan gaji memainkan peranan penting dalam proses untuk mendapat pinjaman penuh "full loan"

S8. Saya kakitangan Swasta, tetapi blacklist, boleh x nak mohon pinjaman kereta baru?
J8.  Maaf, saya tidak dapat membantu. 

S9. En Zaki ada x kaki dalam bank untuk approvekan loan. Saya blacklisted. Nanti saya bglah duit kopi untuk ejas loan.
J9.  Maaf. Saya tiada kaki dalam bank dan saya tidak menerima duit kopi anda. TQ

S10. Gaji saya RM2000 layak x saya memohon pinjaman untuk Proton Exora?
J10.  Maklumat lengkap berkenaan syarat boleh rujuk DISINI

S11. Saya bekerja dengan syarikat swasta, gaji saya RM2000 tp company byr gaji cash. boleh ker saya nak buat pinjaman kereta?
J11. Boleh sekiranya majikan anda mencarum KWSP anda. Jika tidak, anda perlukan seorang penjamin bergaji RM2000 keatas.

S12. Saya baru tamat belajar dr kolej, boleh x saya nak memohon pinjaman kereta?
J12. Boleh sekirannya anda mempunyai penjamin. Jika tidak ada penjamin mestilah mempunyai surat tawaran kerja terlebih dahulu.

S13. Saya pelajar IPTA, tiada lesen memandu boleh x nak beli kereta, tp penjamin saya ada lesen?
J13. Maaf saya tak dapat nak bantu. Jika anda ingin juga beli kereta, saya nasihatkan anda terus gunakan nama penjamin anda sebagai pembeli.

S12. Saya bekerja disektor swasta@kerajaan, saya tiada lesen memandu boleh x saya nak beli kereta?
J13. Boleh. Sila hubungi saya 0192198400 untuk keterangan lanjut. 

S13. Macam mana yer nak berurusan dengan en Zaki untuk beli kereta baru?
J13.  Anda boleh datang ke showroom saya atau anda boleh emelkan dokumen yang diperlukan atau faxkan sahaja. Selepas pinjaman lulus, saya akan ketempat anda bagi proses untuk tandatangan perjanjian beli kereta. Selepas itu, kereta yang diminta boleh diambil di showroom atau saya hantar ke tempat anda.

S14. Saya dah dua tiga kali cuba buat pinjaman untuk beli kereta baru, tetapi gagal, kenapa yer en Zaki?
J14. Ada dua kemungkinan, pertama mungkin gaji anda kurang dari syarat minimum untuk beli kereta. kedua kemungkinan nama anda telah disenarai hitam.

S15. Saya tidak pasti sama ada saya telah blacklist atau x? boleh en Zaki tolong cek x?
J15.  Semakan sama anda blacklisted atau tidak, saya tidak dapat semak. Saya sarankan anda pergi ke Bank Negara berhampira untuk semakan.

S16. En Zaki jual kereta Second hand x? saya berminat untuk beli Gen2.
J16. Maaf saya hanya jual kereta baru.

S17. Saya nak beli kereta baru, boleh x saya nak trade ini kereta saya?
J17.  Boleh, tidak menjadi masalah.

S18: saya nak tahu dimana boleh saya memohon skim ini.saya pelajar Institut Pendidikan Guru, lagi setahun tamat, terima elaun dan akan terus posting selepas tamat belajar. saya menepati semua syarat yang ditetapkan. boleh ke saya tak menggunakan penjamin sekiranya saya terus posting lagi setahun?
J18. Maaf, anda perlukan seorang penjamin selagi anda tidak mendapat tawaran kerja. Terima kasih

S19. Selamatkan berurusan secara online untuk beli kereta?
J19. Jika anda was-was dan tidak yakin, saya menjemput anda untuk datang ke showroom saya untuk proses jual beli kereta baru anda. Terima kasih

S20. Saya nak beli kereta baru dan trade in kereta lama. Tp en Zaki cakap kereta lama saya tu laku RM8000 sahaja untuk trade in, tp hutang dengan bank masih ada RM11000 untuk settel. Mcm mana nak buat yer en Zaki?
S20. Jika hutang masih berbaki RM11000 dengan bank dan nilai kereta tersebut RM8000, anda perlu tambah duit "top up" perbezaan nilai tersebut.

S21. Saya bekerja sendiri, tiada slip gaji, tiada akaun bank dan tiada dokumen.. Bolehkan saya memohon untuk membeli kereta baru? 
J20. Boleh sekiranya anda mempunyai downpayment 50% keatas atau mempunyai penjamin bergaji RM3000 keatas bersih.

S22. Gaji kasar saya RM 4000, gaji bersih saya RM 2000. Saya merupakan kakitangan kerajaan, tetapi kenapa bank tidak meluluskan pinjaman untuk pembelian kereta Proton Saga FLX yang saya mohon? Saya tidak blacklisted dan rekod CCRIS saya cantik.
J22. Kemungkinan kegagalan pinjaman adalah disebabkan beberapa faktor. Kemungkinan besar komitment (hutang) diluar penyata gaji adalah tinggi.. Contohnya: gaji RM 4000 - hutang dalam slip gaji RM2000 dan hutang luar dari Slip gaji (kredit kad, rumah dll) RM 1500. Secara mudahnya bank akan menolak permohonan ini disebabkan baki pendapatan anda ialah RM 500.

SILA HUBUNGI (SEKIRANYA INGIN MEMBELI KERETA DENGAN SAYA):
ZAKI [ 019-2198400 ] CALL/WHATSAPP/SMS 
www.wasap.my/60192198400
admin@zakiautoworld.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERURUSAN & MEMBELI KERETA DENGAN ZAKIAUTOWORLD
_______________________________________________

"Mudah,Cekap & Amanah"
http://www.zakiautoworld.com/ -  Sejak 2010 (since 2010)

55 comments:

  1. Saya nak tanya,jika kereta sudah dilelong oleh pihak bank dan pihak mahu menuntut outstanding balance dari peminjam tetapi peminjam sudah meninggal dunia. Lalu pihak bank hendak menyita rumah arwah yang didiami oleh waris arwah. Boleh kah pihak bank bertindak begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkaitan masalah ini. Saya tidak dapat beri jawapan kerana ianya berkaintan undang2. Anda boleh rujuk mana2 peguam sekiranya ada masalah seperti ini. TQ

      Delete
  2. Saya baru berumur 21 tahun & bkerja dlm sektor kerajaan. Boleh ka saya membuat loan kereta baru tanpa penjamin??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. sekiranya berminat beritahu saya. TQ

      Delete
  3. saya nk tnye,layak x sya wat full loan utk kereta proton persona sv dgn basic gji sy rm1500.blh x suami sy jd pnjamin dgn basic gji die rm300+komisen jd rm2k-rm3k gji bersih stiap bln.die pemandu lori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gaji suami masuk bank atau ada potongan kwsp layal.

      Delete
  4. ASSALAMUALAIKUM ,

    Saya nak tanya, kawan sy mintak untuk jd penjamin kerete...kalo dye gagal melunaskan hutang pnjaman kerete pihak bank akan tarik..so still ader kaitan tak penjamin kena bertanggungjawab dgn bayaran bulanan??pleaseeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ya anda perlu bertanggungjawab, kerana memang tertakluk dalam perjanjian dengan bank penjamin akan bertanggungjawab sekiranya pembeli tidak membuat bayaran.

      Delete
  5. Assalammualaikum .. saya baru kerja di pej risda . tempoh berkhidmat baru 2bul an.. saya nak ambil kete saga sv full loan ...boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Layak. Berminat beritahu saya. Tq

      Delete
  6. Salam..sya bekerja d sektor swasta..basic 1550,plus OT dalam 2k-2.5k sebulan(dah tolak caruman kwsp n socso)..bujang,lesen memandu masih L..and sya pemegang taraf kewarganegaraan pemastautin tetap(ic merah)..layakkah sya bli proton preve with full loan-?asal sabah,bekerja d melaka.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. berdasarkan pendapatan bersih, en memang layak utk beli preve dengan full loan. Tetapi malangnya bg bukan pemegang ic warna biru, pihak bank akan minta seorang penjamin bg pihak en.

      Delete
  7. Salam..sy lepasan diploma..bkerja basic 900..bersih bulanan dlm rm1400..blh x sy apply proton saga sv dengan seorang penjamin?trima ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam. boleh. berminat boleh terus call atau sms saya. TQ

      Delete
  8. As-salam.
    Saya bekerja di syarikat swasta dgn pndapatan bersih rm1800..saya ingin membeli proton sv..soalan saya-
    1-saya tiada lesen,bolehkah saya menggunakan lesen spupu disebaakan saya tiada family.
    2-adakah org yg bg pinjam lesen sbg penjamin?
    3-apa kesan atau tgjwb org yg bg pjam lesen?maksud saya adakah ia sama dgn org yg jd penjamin bg yg xlepas loan..
    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Sila rujuk pada link ini http://www.zakiautoworld.com/2014/07/skim-pinjaman-tiada-lesen-tiada-lesen-boleh-beli-kereta.html

      Delete
  9. hi..saya bekerja sendiri dengan pendapatan >2k per month..single..saya nak beli kereta preve manakala penjamin saya adalah tunang saya..government staff..layak ke mohon pinjaman??d/p 20k..tQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. layak. sekiranya berusia 23 tahun dan keatas. berminat hubungi saya. TQ

      Delete
  10. saya berminat nak beli proton saga. saya masih belajar diploma tahun akhir. ayah bekerja sebagai nelayan, ibu suri rumah tetap. saya mampu bayar dp lebih 40% dari harga kereta. boleh lepas x loan?
    masih perlukan penjamin x? klau perlukan penjamin, ibu tidak bekerja tetapi simpanan dalam 30 ke 40k dan setiap bulan ada terima duit perkeso rm500. layak x untuk ibu jadi penjamin

    ReplyDelete
  11. Nama saya ad ctos disebabkan p1wimax
    Adkah akan memberi kesan kpd pinjaman saya??

    ReplyDelete
  12. Salam. Jika ada kredit kad, adakah akan menjejaskan peluang utk dpt loan kereta walaupon tiada hutang tertunggak? Lain2 komitmen tiada. Gaji bersih 2500. Nak beli persona

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Sekiranya tidak ada baki tertunggak. tidak akan menjadi masalah.

      Delete
  13. Salam en.zaki,sy keje swasata gaji brsih rm1450. Sy mnat utk beli alza dengan full loan dan dgn seorang pjamin..bleh lpas x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Bergantung hubungan dengan penjamin. TQ

      Delete
  14. salam en.zaki boleh ke membeli kereta tanpa menggunakan loan.kalau boleh bagaimana cara pembayarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Sudah tentu boleh.
      Cara-cara ialah membuat pembayaran secara tunai atau cek kepada akaun syarikat.

      Delete
  15. Salam encik zaki..

    Saye baru graduate..da mendaftar dengan MMC (malaysian medical council), da interview SPA (walaupun ia hanya formality)..

    Boleh ke saya beli kereta dgn full loan sekarang? Dan bole ke saye hold bayaran installment sehingga 2-3 bulan?

    Kerana penempatan/posting saya hanya akan diketahui sekitar januari atsu februari tahun depan


    P/s: sebab terasa rugi kalau tunggu tahun depan sebab sekarang banyak diskaun akhir tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam.
      Berdasarkan kelayakan pinjaman. - En perlu tunggu surat penempatan keluar barulah dapat memohon pinjaman dengan pihak ban.
      Bayaran bulanan tidak boleh ditangguh. Bayaran bulanan akan bermula sebulan selepas kereta dapat.

      Sekiranya en tetap ingin beli sekarang kereta, penjamin ibu bapa perlu disertakan bersama.

      Terima kasih

      TAG: Promosi Perodua 2015, Promosi Proton 2015, Promosi Awal Tahun 2015

      Delete
  16. Maaf sy naj tny. Sekiranya menjafi penjamin kereta. Sekiranya pemunjam meninggal dunia. Pinjaman tu akan d bayar oleh penjamin ataupihak insurance?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kes ni ada dua kemungkinan:
      Penjamin tidak perlu bayar hutang kereta tersebut = sekiranya pemimjam tersebut ada membeli perlindungan auto life insurans (untuk cover hutang kereta) sekiranya dia meninggal.

      Penjamin perlu bayar sekiranya tiada perlindungan seperti diatas

      Delete
  17. Saya nak tanya jika saya sudah menjadi penjamin kereta suami saya boleh ke saya menjadi penjamin untuk ayah saya untuk beli kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Asalkan bayaran kereta suami mengikut jadual bank dan tidak ada tunggakan. Berminat boleh terus hubungi saya. Tq

      Tag : Promosi Ogos, August dan September 2015

      Delete
  18. Salam Sejahtera, 5 taun lepas nama saya disenaraihitamkan kat CTOS/CRIS, smua utang dah selesai 2taun lepas dan sekarang saya check maklumat kat CTOS semua nya telah clear dan tak ada rekod lagi. bolehka saya apply...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W salam. Sudah tentu boleh Apply. Berminat boleh terus hubungi saya.

      Tag: promosi Ogos, September 2015

      Delete
  19. salam, basic sy 2800 keje swasta ade epf&socso, first car, xpnh pinjam bank, 34tn.
    nk amik preve exe blh lps x..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. boleh lepas. Kalau berminat boleh terus call atau sms atau whatsapp saya. Tq

      Delete
  20. assalamualaikum.
    saya redzuan. nk bertanya. saya berniaga acc handphone dlm pasaraya. bulan2 dpt dlm 13-17k kasar. bersih dlm 7-9k tiap bulan. saya ada simpan dlm acc personal 2-3 sekali bank in. dan dlm 3-4 bulan lepas saya ada buat simpanan gaji untuk saya rm3k sebulan bank in tiap awal bulan. isteri saya 2.5k sebulan. tapi kami tak carum kwsp. duit tiap2 bulan ada baki dlm 1.5-2k tiap akaun tu. boleh ke saya nak beli kereta proton exora manual yg paling basic..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Terima kasih kerana sudi berurusan dengan zakiautoworld.com.
      Dalam kes en, sememangnya layak untuk membuat pinjaman kenderaan dengan syarat:
      1. mempunyai ssm yang telah didaftarkan lebih dari 2 tahum
      2. transaksi duit keluar masuk mestilah melalui bank lebih dari 8000 sebulan (6 bulan berturut-turut)

      Delete
  21. assalamualaikum...
    saya memiliki gaji bersih rm1500 slps tolak kwsp dan socso..
    boleh ke saya nak buat full loan untuk preve manual..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Dalam kes en perlukan penjamin untuk membeli proton preve. Penjamin mestilah dari kalangan ahli keluarga sahaja. Terima kasih

      Delete
  22. Assalamualaikum.
    Gaji bersih 1400 tak ada lesen
    Boleh ke saya membuat loan tanpa penjamin..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Boleh rujuk di link tersebut bagi skim pinjaman tanpa lesen:
      http://www.zakiautoworld.com/2014/07/skim-pinjaman-tiada-lesen-tiada-lesen-boleh-beli-kereta.html

      Terima Kasih

      Delete
  23. Assalamualaikum.. saya seorang pelajar. ada lesen memandu. tidak bekerja tapi saya mempunyai satu akaun simpanan RM2k sebulan. layak kah sy membeli kereta dan ayah saya sebagai penjamin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Layak. Sekiranya berminat. Boleg terus hubungi saya melalui telefon / whatsapp. Tq

      Delete
  24. Assalamualaikum en.zaki.. Sya krja kerajaan, gaji brsih rm1650,cmpur swe uma rm300,cmpur ptongan istri rm480...kete alza lpas ke tnpa pnjamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya kurang jelas dengan penyataan cik. Boleh terus hubungi saya melalui sms atau whatsapp. TQ

      Delete
  25. SALAM EN ZAKI..saya seorang pekerja swasta pendapatan bersih saya 2300. sya nk membeli kereta myvi..tertapi saya tiada potongan kwsp n socso.layak tak pemohonan saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Layak sekiranya pembayaran gaji cik dimasukkan melalui bank..

      TAG : Promosi Proton & Perodua 2016

      Delete
  26. Salam En Zaki. Saya nak beli kereta secara tunai. Tapi saya takde lesen. Bagaimana cara nya itu? Saya berminat saga plus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Boleh. tiada masalah. Sekiranya berminat boleh terus hubungi saya melalui 0192198400.

      TAG: Promosi Proton 2016

      Delete
  27. Assalamualaikum En. zaki, tunang sy nk beli kreta alza standard , tunggakan PTPTN dah bayar guna acc 2 KWSP , cuma tinggal bayar bulanan RM179 shj ,, gaji bersih dia RM2300, layak tak dia buat loan tok alza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Layak, berminat boleh terus PM saya. Terima Kasih

      Delete
  28. Assalammualaikum ..Saya nk bertanya..boleh ker kalau Kita Nak jd penjamin utk adik beradik seibu..bukan adik beradik seibu sebapa..tq

    ReplyDelete
  29. Waalaikumussalm, boleh cuma perlu sediakan surat beranak untuk kedua2 adik beradik

    ReplyDelete

Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400