Thursday, November 21, 2013

Proton Preve Kini Lebih Selamat - ANCAP (6 Beg Udara)

Prevé merupakan kereta Proton pertama, serta merupakan kereta buatan Malaysia pertama yang diberi penarafan 5 bintang penuh dalam Program Penilaian Kereta Baru Australasia (ANCAP) di Australia dan New Zealand. Ia juga memperoleh penarafan 5 bintang daripada Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP) oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Prevé merupakan kereta Proton paling selamat setakat awal 2013. Sebelum pelancarannya, Proton memperoleh reputasi keselamatan yang buruk. Misalnya, Proton Arena hanya berupaya memperoleh satu bintang daripada lima dalam ujian ANCAP pada tahun 2009. Proton bertindak balas dengan meningkatkan piawaian keselamatan dengan ketara semasa pembangunan Prevé. Kerangka Struktur Keselamatan Diperkukuhkan (RESS) dibangunkan khusus untuk kereta baharu ini. Proton menggunakan kaedah Pembentukan Tekanan Panas (HPF) semasa proses pengeluaran kerangka. Dua belas komponen utama HPF membantu memperkukuhkan ruang penumpang bagi menambah baik keselamatan penumpang. Hasilnya ialah kekuatan tegangan yang meningkat dan ketegaran badan kilasan sebanyak 19,000 Nm/darjah. Penggunaan HPF membantu menjimatkan berat, yang secara tidak langsung meningkatkan kecekapan bahan api, pengendalian dan prestasi Prevé.

Proton Prevé dibangunkan untuk memuatkan sehingga maksimum enam beg udara SRS, Sistem brek cegah kunci (ABS) dengan Pengagihan daya brek elektronik (EBD), Bantuan brek kecemasan (BA), Sistem kawalan cengkaman (TCS) dan Kawalan kestabilan elektronik (ESC). Walau bagaimanapun, Prevé hanya ditawarkan dengan bilangan maksimum empat beg udara semasa pelancaran sulungnya di Malaysia pada April 2012. Bilangan maksimum enam beg udara hanya ditawarkan semasa pelancaran Prevé di Australia pada Oktober 2012.

Proton juga telah menguji Prevé dalam pelbagai keadaan cuaca dan jalan raya berbeza semasa fasa pembangunanya seperti keadaan berais dan bersalji di Sweden di samping keadaan panas membahang di Sepanyol. Sistem gantungan terdiri daripada topang MacPherson di hadapan dan sistem berbilang pautan dengan palang penstabil di belakang. Sistem gantungan Prevé juga ditala oleh anak syarikat British Proton, Lotus untuk sifat pemanduan dan pengendalian yang sangat baik. Tetapan talaan sistem gantungan ini juga dibangunkan khusus untuk tayar jenis 205/55 GT Radial Champiro Bax 2 yang digunakan pada kereta untuk cengkaman yang lebih baik. Kesemua Proton Prevé dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang 15 inci di samping rim aloi 16 inci.

Sumber Artikel: MS Wikipedia

_____________________________________________________________________________________________ 

"Mudah,Cekap & Amanah"

No comments:

Post a Comment

Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400