![]() |
Sila klik pada imej untuk lihat dengan lebih jelas |
![]() |
Sila klik pada imej untuk lihat dengan lebih jelas |
PROTON
Holding Bhd. ( Proton) melancarkan model ke-23 kompak terbaharunya, Iriz yang
sebelum ini dikenali dengan kod nama PCC pada Khamis lalu di Kilang Proton di
Proton City, Tanjung Malim, Perak.
Pengeluar
kereta pertama Malaysia itu mula ditubuhkan pada 7 Mei 1983. Model pertama
dengan nama Saga dilancarkan dua tahun selepas itu.
Antara model
yang pernah dikeluarkan Proton sebelum ini ialah Saga, Iswara, Wira, Satria,
Waja, Preve dan Suprima S menjadi salah satu jenama kereta buatan tempatan itu.
Pelancaran
model terbaharu itu secara tidak langsung akan memberikan persaingan kepada
model-model dalam segmen B.
Iriz akan
menjadi pesaing-pesaing kepada model sekelasnya seperti Suzuki Swift, Kia Rio, Perodua
Myvi, Mazda 2, Peugeot 208 dan Volkswagen Polo.
Sehingga
hari pelancarannya, Iriz yang merupakan model kompak keluaran syarikat
automotif nasional itu telah menerima 17,000 tempahan. Iriz juga dijangka dapat
membantu sasaran jualan tahunan secara keseluruhan model Proton sebanyak
160,000.
Menurut
Proton, model terbaharu buatan tempatan mengikut cita rasa pengguna di Malaysia
itu padat dengan ciri-ciri terkini.
Model Terkini
Iriz
menggunakan platform dan enjin serba baharu yang lebih ringan daripada enjin
Campro sebanyak 5.7 kilogram (kg) untuk memberikan pembeli satu kepuasan.
Iriz
menggunakan enjin serba baharu VVT baharu dikatakan menjimatkan penggunaan bahan
api. Antara komponen memainkan peranan dalam enjin itu seperti smart altenator,
piston oil control ring, EMS dan mechanical tappet.
Teknologi
baharu seperti smart altenator mampu memberikan penjimatan penggunaan petrol
sebanyak 0.5 peratus. Penggunaan maninverter baharu yang merupakan kombinasi EX
manifold dan catalytic converter secara tidak langsung dapat mengurangkan berat
sebanyak 3kg.
Proton juga
memaklumkan enjin 1.6 liter VVT itu telah terbukti tahan selepas lulus ujian
dyno selama 500 jam bersamaan 160,000 kilometer (km) perjalanan.
Model itu
juga telah melalui pelbagai ujian termasuk dalam cuaca bersalji dan padang
pasir.
Iriz
diibaratkan sebagai satu penjenamaan semula jenama itu dengan menghasilkan satu
produk berkualiti tinggi tanpa menghampakan pelanggan mereka.
Sebanyak
lapan varian dengan pilihan dua enjin 1.3 liter dan 1.6 liter menggunakan
transmisi manual dan automatik.
Kenderaan
tersebut ditawarkan dengan lapan varian iaitu 1.3 Standard MT, 1.3 Standard
CVT, 1.3 Executive MT, 1.3 Executive CVT, 1.6 Executive MT, 1.6 Executive CVT,
1.6 Premium MT dan 1.6 Premium CVT.
Menggunakan
transmisi lima kelajuan manual dan automatik CVT, Iriz merupakan model pertama
Proton yang mencapai bacaan penggunaan minyak di bawah tujuh liter bagi setiap
100km perjalanan untuk transmisi manual. Kereta itu juga memenuhi standard
Euro-4 dan secara tidak langsung menjadikannya kos efektif dan cekap bahan api.
Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada model terbaharu itu ialah sistem tanpa kunci, USB, cermin sisi boleh lipat serta kamera undur.
Selain itu,
soket pengecaj USB untuk telefon bimbit dan tablet juga turut disediakan, di
samping USB untuk hiburan dan sambungan Bluetooth ke telefon pintar.
Pelaburan
Besar
Sejak
cadangan pembangunan Iris Proton telah melabur sebanyak RM560 juta
Projek
pembangunan Iriz telah dibangunkan sejak tahun 2010 dianggap berbaloi kerana
model itu telah menerima pengiktirafan ciri keselamatan dengan memperoleh lima
bintang bagi ujian standard keselamatan ASEAN NCAP untuk semua varian.
Antara aspek
yang mempengaruhi pengiktirafan itu kerana Iriz menawarkan ciri-ciri
keselamatan seperti sistem kawalan cengkaman (TCS), kawalan kestabilan
elektronik (ESC), enam beg udara keselamatan, sistem pengagihan brek elektronik
(EBD), Brake Assist dan Hill Hold Assist.
Proton Iriz
juga dibina menggunakan pendekatan 'hot press forming' untuk kerangka casis
bagi memberikan struktur badan yang lebih kukuh. Sekiranya berlaku kemalangan,
sistem Impact Sensing Door Unlock akan berfungsi untuk menyahaktif kunci setiap
pintu.
Selain itu,
Iriz juga merupakan model pertama keluaran syarikat itu yang menggunakan
teknologi stereng berkuasa elektrik (EPS).
Menurut
Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Iriz merupakan kenderaan paling
berteknologi yang pernah dihasilkan Proton.
Katanya, model itu dijangka mampu membawa syarikat automotif nasional kembali ke zaman ke gemilangannya dengan memaparkan rekaan berani dan kejuruteraan yang berkualiti pada standard tinggi.
“Standard
antarabangsa yang diterapkan dalam Iriz dilihat mampu memenuhi kehendak
pelanggan dan daya saing di luar.
“Kami mahu
menghasilkan kereta bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga untuk
dunia,” katanya.
Tujuh
pilihan warna ditawarkan iaitu merah, biru, perak, putih, hitam, hijau dan
kelabu.
Proton
memberikan jaminan selama lima tahun atau 150,000km perbatuan atau mana-mana
yang tiba dahulu.
Sumber: Kosmo Online
SILA HUBUNGI (SEKIRANYA INGIN MEMBELI KERETA DENGAN SAYA):
ZAKI [ 019-2198400 ] CALL/WHATSAPP/SMS
admin@zakiautoworld.com
TERIMA KASIH KERANA SUDI BERURUSAN & MEMBELI KERETA DENGAN ZAKIAUTOWORLD
_______________________________________________
"Mudah,Cekap & Amanah"
http://www.zakiautoworld.com/ - Sejak 2010 (since 2010)
No comments:
Post a Comment
Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400