PENGELUAR automotif Nasional Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan varian wajah baharu kenderaan pelbagai guna Malaysia (MPV) tempatan, Proton Exora dengan varian tambahan baharu. Proton Exora Super Premium (SP) menggantikan varian Perdana itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, pihaknya memperkenalkan SP serba baharu bukan sahaja menyediakan pengguna dengan rangsangan berkuasa turbo untuk enjin 1.6L, ia juga mempunyai wajah lebih menawan.
"Proton Exora lebih sporty dengan ciri-taraf kepada bahagian luar. Dengan enjin berkuasa SP, Premium dan varian Eksekutif, kita juga telah mempertimbangkan untuk menaik taraf aspek keselamatan MPV itu.
"Oleh itu, varian Premium dan Super Premium dipasang dengan ciri-ciri keselamatan yang diperkuatkan seperti beg udara sisi, yang menjadikan Exora kini dilengkapi dengan empat beg udara, kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan lampu siang hari untuk pelanggan-pelanggan kami," katanya.
Proton juga memasang rear power windows, kamera undur dan cermin rare-view dengan imej apabila mengundur untuk semua varian.
Varian Premium dan SP pula datang dengan ciri auto cruise, suis audio pada stereng dan pemain DVD," katanya.
Tambahan kepada MPV Exora termasuk stereng dibaluti kulit untuk cengkaman lebih baik, kemasan baharu untuk konsol tengah, kerusi kulit ergonomik dalam varian yang lebih tinggi untuk keselesaan tambahan pemanduan. Selain itu corong pendingin hawa belakang untuk melengkapkan keselesaan kabin dan stail lampu rear smoked combi seperti kereta sukan.
Abdul Harith berkata, dengan semua peningkatan ini, pihaknya telah menyemak semula dan mengkaji tawaran harga Exora baharu.
"Saya gembira untuk mengumumkan pengurangan harga sebanyak 5.8 peratus atau RM4,710 bagi varian terpilih, sejajar dengan kerajaan bercadang untuk mengurangkan harga kereta.
"Dalam komitmen kami untuk terus meningkatkan rangkaian kami kereta, pengenalan varian SP akan menyediakan pelanggan-pelanggan kami bukan sahaja keselesaan dan keselamatan untuk keluarga mereka tetapi juga prestasi untuk menikmati perjalanan mereka dengan keluarga," katanya lagi.
Varian Proton Exora baharu kini secara rasmi dibuka untuk tempahan di seluruh negara dan unit pandu uji boleh didapati di semua bilik pameran sejak 5 Februari lalu.
Pandu uji adalah bagi versi Premium manakala varian Super Premium boleh dilihat lebih dekat di bilik pameran Proton. Tujuh warna boleh didapati untuk Exora baharu:
White Solid, Elegant Brown, Coco Grey, Genetic Silver and Tranquility Black sementara Luxury Blue and Indiana Grey, dua warna baharu diperkenalkan untuk model Exora baharu.
“Sebanyak 128.824 unit telah terjual sejak kami melancarkan ia pada tahun 2009 dan Exora bukan sahaja merupakan suatu pilihan popular di Malaysia tetapi negara-negara jiran - Thailand dan Indonesia.
"Kami optimis untuk menjual 2,000 unit Exora sebulan dan pelanggan dapat menikmati jaminan pengilang tiga tahun atau 100,000 km, yang mana lebih dahulu," katanya.
Pengurangan harga bagi Semenanjung untuk warna metalik: bagi varian Super Premium, dari RM85,988 ke RM81,888 (perbezaan RM4,100; Premium, dari RM80,598 ke RM75,888 (perbezaan RM4,710); Exec CVT, dari RM69,988 ke RM66,888 (perbezaan RM3,100); Standard AT, dari RM62,988 ke RM59,888 (perbezaan) RM3,100 dan Standard MT, dari RM59,988 ke RM56,888 (perbezaan RM3,100).
sumber: sinar harian online
SILA HUBUNGI (SERIOUS BUYERS ONLY): ZAKI
019-2198400 Call/Whatsapp/Telegram/SMS
admin@zakiautoworld.com
_______________________________________________
"Mudah,Cekap & Amanah"
http://www.zakiautoworld.com/ - Sejak 2010 (since 2010)
No comments:
Post a Comment
Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400