Monday, October 19, 2015

Proton Saga Plus - Brochure / Flyers



PROTON Holdings Bhd telah melancarkan varian terbaharu bagi model Proton Saga iaitu Saga Plus bagi menggantikan edisi Saga SV yang berada di pasaran sekarang.
Kereta sedan yang boleh dilihat di semua bilik pameran PROTON, dilengkapi lima ciri-ciri tambahan tanpa caj tambahan, sekaligus menjadikannya amat berbaloi untuk dimiliki, jelas PROTON kepada Bernama.

Malah, dengan kehadiran Saga Plus, PROTON akan mengecilkan varian Saga dengan menamatkan pengeluaran varian Eksekutif dan SE.

“Saga Plus didatangkan dengan lima perubahan luaran iaitu rim aloi 14 inci, kit badan penuh, spoiler, tanda gred ‘Plus’ dan warna hiasan belakang,” katanya.

Ketua Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata penggunaan perkataan ‘Plus’ itu juga bagi memaparkan ciri-ciri tambahan model Saga SV sedia ada berkenaan.
“Model itu memaparkan aspek luaran varian Saga Executive namun mengekalkan lingkungan harga SV. Ini bermakna tiada sebarang peningkatan harga biarpun memiliki kereta yang ciri-cirinya dipertingkatkan,” katanya.

Menurut beliau lagi, rekaan Saga Plus itu tidak hanya menarik untuk kalangan yang berkeluarga kecil, tetapi juga golongan belia dan eksekutif muda yang baharu saja melangkah ke dunia pekerjaan.
“PROTON yakin Saga Plus itu akan terus menjadi tarikan untuk pembeli yang mencari kenderaan jenis sedan dan berbaloi untuk wang serta menepati kehendak mereka,” katanya.

Saga Plus yang berkuasa enjin Campro IAFM 1.3 liter, didatangkan dalam jenis transmisi manual dan CVT manakala harganya serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit.

**nota: harga mungkin berubah dari masa ke semasa tanpa sebarang notis
Rujukan : Bernama

Brochure:






SILA HUBUNGI (SEKIRANYA INGIN MEMBELI KERETA DENGAN SAYA):
ZAKI [ 019-2198400 ] CALL/WHATSAPP/SMS
admin@zakiautoworld.com 

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERURUSAN & MEMBELI KERETA DENGAN ZAKIAUTOWORLD
_______________________________________________

"Mudah,Cekap & Amanah"
http://www.zakiautoworld.com/ -  Sejak 2010 (since 2010)


No comments:

Post a Comment

Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400